GA Contest

1st time nih nak masuk contest GA...actually suke sgt baca blog ana nie....opppssss aku nie silent reader blog dia nie....dapatpon dari blog friend masa study kat uitm dulu...hari2 mesti nak buka blog cik ana nie..kalo tak buka taksah...dah buka tu melekek-lekek ketawa dgn young mother nie..org nye kecik jer..tp jiwa besar..bukan calang2 org kecik nie boleh jaga anak2 kecil yg semakin lasak...neway ana...akak doakan semoga perkahwinan ana nie kekal hgg ke akhir hayat...dan juga sentiasa mendapat keberkatan dariNYA...Amin...

Syarat-syarat nak join mudah je :

1. Keutamaan bg yang jd followers blog ana..yang takde blog pun boleh gak jd follower, just create google akaun je.. 

2. copy paste entry ini balik & letak banner ni kat sidebar korang bg yg ada blog..yg takde blog korang email je ye..  
 
3. Tag 2 orang kawan anda
1) E-car Nazrin


4. Yang dah join sila letak link kt komen ye..utk ana buat terjahan..takyah wish apa2 pun..nak wish pun boleh juga kekeke..

5. Keputusan ana akan umumkan pada hari anniversary
ana pada 28 Nov nanti...

Hadiah yg di tawarkan
*
*
Hadiah Utama

Hadiah Kedua

Cepattt.. ada seminggu je.. tarik tutup 26 Nov jam 11.59 mlm okey..
Sayangggg Koranggg...!! Muahsss..

OMG...i've been attacked.......





very..very sad........................

Ramadhan datang lagi....

Syukur Alhamdulillah....dengan izinNYA kali nie aku dapat menjalani ibadah puasa..semoga puasa kali ini mendapat keberkatan dariNYA..........


FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN


Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
                        Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
                        Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.


FADHILAT PUASA RAMADHAN

                        Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
                        Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                        Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN


1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal

                        Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
                        Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

                        Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                        Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3.    Puasa pada bulan Muharram

                        Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
                        Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

                        Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

                        Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6.    Puasa bulan Sya'aban

                        Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
                        Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis

                        Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
                        Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
                        Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
                        Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
                        Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
                        Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan

                       Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
                        Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
                        Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
                        Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                        Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)

  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH

  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)

  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA

  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2.    JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN

  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA

  • PUASA WANITA YANG HAMIL

  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR

  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI

  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)

  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)

  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA

  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3.    ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4.    NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA  JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

SUSU HIGOAT

kali nie iena nak bercerita pulak tentang produk HR iaitu Susu kambing HIGOT....

bagus produk nie...saya sendiri menggunakannya sebagai supplement...ye la untuk penjagaan kesihatan..di usia ini la kita digalakkan menjaga kesihatan ...so meh iena cerita serba sedikit tentang produk ini



Kebaikan Susu Kambing HiGoat

Tidak menyebabkan alahan
Kuatkan sistem imunisasi tubuh
Bersifat alkali
Tingkatkan daya kepekaan ,tumpuan & ingatan
Lancarkan sistem penghadaman & usus
Membantu mengubati Kanser, Demam Kuning, Ulser, Asma (Lelah), Penyakit Kulit, Sukar Tidur
Membantu merawat senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering, gout dll
Mengimbangi gula dalam darah & kolestrol
Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
Tidak menyebabkan kahak
memulih tenaga batin
Awet muda


Tinggi PROTEIN
Tinggi KALSIUM
Tinggi SELENIUM
Tinggi VITAMIN


so kepada yang berminat sila hubungi saya di talian 012-2569769

Another hobby

pelik..tapi benar....inila hobby iena selain dari buat kek..he..he..actually hal nie dah lama iena pendamkan...asyik tgk blog orang jer...alih2 timbul lak minat nak belajar...so masa cuti sekolah bulan 6 tempohari...iena balik kedah sempatla belajar FA @ folk art dengan Decoupage...ala..hiasan ala-ala inggeris tue....actually aku suka sangat tgk...tapi yg peliknya..orang buat warna putih aku pulak suka warna hitam...
so kredit to Linda @ cikgu Linda klik la kat sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut....
 kita layan gambar2 yg iena amik tempohari.....n hasil iena belajar...n gambar umah cikgu linda

so ni la cikgu Linda

Zariq Haqeem turn 3....

Happy Birthday my little hero....

4th July 2007 - 2010

Hari nie anak ibu dah besar tau...jangan nakal-nakal ye...ibu , papa n abg sayang sangat kat kamu...semoga bila besar nanti menjadi anak yang soleh...sentiasa membela ibu ye....muaaaahhhhhh sayang ayiq

CUTI-CUTI MALAYSIA

CUTI-CUTI MALAYSIA......................

7HB - 18HB AWAY TO KEDAH.............

HAPPY BIRTHDAY MAMA

HAPPY BIRTHDAY MAMA.............
3 june

IENA DOAKAN SEMOGA MAMA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAGUS
SEMOGA MAMA SENTIASA GEMBIRA DAN BAHAGIA SELALU

TAK SABAR RASANYA NAK BALIK JUMPA MAMA 7HB NIE....

I LOVE U MAMA..............



Posted by Picasa

tak leh tido............

huaaaa...en hubby awal2 lg dia dah tido...biasa la dia keja zzzzzzzzzzzzz je bila offday..zairul sudah semestinya awal tido...after baca buku ..had dinner...bergumpal dgn ayiq......then zzzzzzzzzzzzzzzzz...
aku plak sibuk ngan dunia aku.....smp x sedar dah jam 1130pm...tu pun cz si kecik cibuk-cibuk macuk bilik...

ibu..ibu..tidokan ayiq.
meh la tidokan ayiq..

cian dia boring maen sowang...sowang...mana taknye papa n abg dah zzzzzzzzzzz...nak tido tp asyik dok atomen ayiq..atomen ayiq....

haku plak..ish mata x ngantok lg..padahal x de plak tido siang...surfing sana surfing sini ...google itu ini.....hu..hu...please la mata ngantok la...esok nak bakar cupcake nie banyak oooooo

excited kot nak balik kg jumpa mama..abah..adik2...n makan durian....n aku palk ada 1 projek baru baeeekkkk punya..ape dia...tunggguuuuu..

Keje giler...............

arrrgghhhhh....tensioooonnnnnn..ptg td as usual...6.30 dah terpacak kat gate tunggu zairul balik.....riuh rendah bunyi dalam bas...menonong-nonong zairul turun bas...muka cam asam boi dah..tetiba melalak...kalut..kalut...ape lagi abg bas cakap gaduh ngan budak dalam bas.....dah...apa lg budak nie...x abis...abis...gaduh..nak jd gengster ker....ish...selisih...ape la anak ibu nie...kali nie kes..wallet kena campak ngan budak pompuan...ish nape lah korang nie nak buat zairul cam tue..x abis2 nak buli anak aku...
pe lagi masuk umah...*&((&%^$#$%^^ la ngan ibu....dah macam polis lak aku nie...sudahnya puan mejistret manjatuhkan hukuman dok luar umah..no drink n no food....sayu je..tp marah punya pasal...2 jam kena kurung...mcm perkataan keluar..pujuk rayu kat ibu......ibu..ibu..ibu...satu je yg aku syok dgr..."ibu ..ibu..buka pintu...abg nak buat keje sekolah..keje sekolah banyak...."...perrrh..ayat ibu la tu....dah nye pkul 10 baru dpt masuk dlm umah....ha ..jgn memain ngan ibu ..
gila betol aku nie dera anak cam gitu sekali............

Layan mood...............zassssssssssssss

aduhhhh...kenapala sejak 2 menjak nie baran aku datang semula..itu tak kena ini tak kena....ada..je...uish tak faham aku...pantang silap sket mula la mulut aku pot pet pot pet...

lately aku plak carving for cheese cake..puas menggoogle...pujuk rayu kat en hubby nak resepi cheese cake mcm yg "the british club " buat...lama juga baru dapat resepi tu...

ha..apa lg projek on ler......ta da. 2nd tyme buat cheese cake....hasil nya...ta daaa......

nampak mcm x sedap jer....tp bila dah disejukkan dlm peti ais...sedap gilosss.... 

Note : sedapla ibu..terror la ibu buat cake nie...komen dari chef fairuz pg td

Iena Sani Delight....

My new biz blog...................have a journey...........klik here

Jalan..jalan release tension kat Singapore...........

N3 yg agak lewat ....laast week jejalan kat Singapore....bukan ape sesaje jer lepaskan penat  lelah setelah 2 3 hari bertungkus lumus siapkan order customer ahad lepas...
motif utama temankan papa...amik $..he.he..he....

Zairul tak ikut cz sekolah...after hantar di kat school....aku, en hubby n zariq...cargasssssssss ke singapore...tak bawa keta malas....n nak bg zariq rasa naik bas....mcm jakun jerk anak ibu naik bas....biasalah kena bersesak sikit....

Mula-mula gie dairy farm dah tue...terus ke Bugis junction...tempat yg aku paling suka pegi...he..he...
target utama nak cari puting susu zariq...kat jb susah sgt nak dapat saiz 4 Avent...always je x der stok...nah nko ibu rembat 4 set skali gus....maknanye ada 8 puting susu....he,,he... 1 set only $6.60...kalau kat jb Rm19.90 1 set...untung gak rasanye bukan apa aku x yah convert dr RM ke $....cz pakai duit en hubby....

masa pegi tue BHG ada sembonia & carlo rino sales.....ehemm..ehem....hati dah tak keruan dah....pulak dipanaskan oleh en hubby......pegang letak pegang letak...beg2 tue....biasala aku nie...kalau tak beli aku tak belila...kalau aku nak beli tak hengat dunia.....at last amik jugak ler...cz sembonia nie simple sgt2 kena dgn taste aku......lepas tu en hubby pulak bekenan dgn carlo rino nie...so en hubby belikan la 1 lg beg utk aku...biasala taste en hubby suka yg pelik2...dah org nak beli amik jelah....kui..kui..kui....

tak lupa juga utk zariq & zairul......ape lg kalau tak Ben 10...kali nie rembat sport shoes ben 10 ....sorang sepasang......nasib baik ler tak ke stephanie & co kalau tak mau meroyan aku kena paw dgn anak2...cz kat situ segala menda ada..transformer...ben 10...thomas & friend ...hmmm mcm2 lg la.......
so...kita layan gambar kat sana...tak byk cz hujan.....


Hasil rembatan...he..he...he...  Ben 10 shoes for zairul & zariq....sembonia hitam pilihan ibu & carlo rino pilihan papa....

Penat woi....

Aloha...wallala..walla.....
perrrh...ari yg penuh bagiku...penat weyyyy...bayangkan dr pkul 9 hgg 4.30 ptg aku mengadap kertas soalan....dah mngalahkan student plak...ari nie amik test spa...dah lama gak aku tak amik..ntah tetiba jer aku dapat panggilan...so pergi jelah..x rugi pon....
but...........apa yg penting aku jumpa kawan kolej aku dlu..Kenanga 2 ...Kak Fatin....(maap kak cz cerita jumpa akak...walaupon dah di warning supaya..sttttttt....diam jgn bgtau sesape.....

Uish...soalan mantap...pinau biji mata aku nak jawab....so keputusan 17.5. nie keluar..sabar jelah...
Rezeki Allah nak bagi sapa tau.....
kembali bersiaran...aku sekarang nie tgh belajar picasa 3...pening jugak mulanya...

Posted by Picasa

unexpected...

too sad today.......
unstable emotion....
help me.......
salah aku ker?...terlalu mementingkan keje......
i lost my baby at 6weeks pregnancy..........
11.30am 6.1.2010 confirmed by doc HSA..that i miscarriage ....
Tuhan...begitu hebat dugaanmu...aku redha......